Pencarian cincin untuk si dia telah bermula. Biar cepat asal selamat,kang hangus pulak duit tu beli benda lain.
Cincin sebagai tanda die milik kita. :)
Seperti yg anda tahu cincin suasa adalah HARAM, ape tah lg emas dan juga white gold. Sume nye HARAM. So yg tinggal platinum,palladium,silver dan juga stainless steel. Platinum geget jari jela kot, rege nye pon start from RM3K++ -_-", tp kalo ade rejeki lebih ape salah nya kan. Silver sunnah :). Tak kesah la cincin mane pon janji halal mengikut islam.
Apakah hukumnya bagi lelaki memakai cincin emas yang disadur dan dicampur dengan bahan lain seperti suasa? Maknanya bukan 100% emas?
Memakai cincin yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin yang diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; “Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa diperbuat daripada campuran emas melebihi daripada perak maka ia dihukum emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Penah baca dalam blog, ade org tu beli cincin hubby die RM20 je, tp org engat beratus,. Conclusion nye kena la pandai carik, ye dak? dan pandai menipu. eh! Janji ikhlas.